Tanggal 3hb Mac 1972 lahirlah seorang putera comel di sebuah teratak di Kampung Tunku PJ. Putera itu hasil perkongsian hidup pasangan suami isteri, Ishak Salim & Aminah Mohamed Daud secara rasminya diberi nama Hisham.
Sejak detik itu bermulalah kehidupan ku sama seperti anak-anak kecil yang lain, diberikan kasih sayang secukupnya & ditatang umpama minyak yang penuh. Ketika itu aku ditemani oleh seorang kakak & setahun setelah kelahiran ku lahirlah pula adik bongsu ku. Kehidupan kami tiga beradik diberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh kedua orang tuaku. Walaupun ayahku sibuk sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan ibuku bertugas sebagai guru sekolah rendah namun kebajikan & pelajaran kami tidak pernah diabaikan.
Mula mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kampung Tunku & kemudiannya ke Sekolah Menengah (L) Bukit Bintang PJ, aku mendapat didikan yang sempurna. Setelah menduduki SPM pada tahun 1989 aku telah mula melangkah ke alam pekerjaan dan mula berjinak-jinak dalam bidang penjualan. Setelah mendapat tawaran sebagai Eksekutif Jualan di sebuah syarikat FOREX bermulalah perjalanan hidupku belajar mencari pelanggan bagi mempromosikan perkhidmatan kami. Tempoh 2 bulan yang pertama amat memeritkan, rupanya mencari pelanggan bukanlah mudah namun Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan "Strike" yang pertama. Aku berjaya meyakinkan seorang "Client" bagi melabur sebanyak RM50,000 dalam syarikat kami. Ketika itu barulah aku tahu yang jumlah tersebut adalah yang tertinggi bagi syarikat kami!. Namun malangnya dalam usia sebegitu muda aku telah terpeday dengan syarikat ku sendiri yang rupanya menjalankan urus niaga tanpa lesen dari Bank Negara.
Setelah meletak jawatan aku mula mencari kerja dan diterima bekerja dengan United Parcel Service. Juga dalam bidang penjualan cuma dalam industri "Courier". Aku beruntung kerana syarikat ini mempunyai latihan yang lengkap serta sistematik dan peluang ini tidak ku sia-siakan bagi mendalami ilmu serta melengkapkan diriku sebagai seroang jurujual.
Setelah 10 tahun dalam industri Courier aku mula beralih arah menceburkan diri pula ke bidang kewartawanan sebagai wartawan penyiaran (BJ), semuanya secara kebetulan kerana aku mendapat tawaran dari BERNAMA yang merupakan pelanggan ku di UPS. Tugas baruku ini umpana "Langit dengan bumi" dari bidang yang pernah ku ceburi sebelum ini. Bekerja sebagai BJ memberikan pendedahan yang berbeza, mula dengan tugasan di meja hiburan kemudian ke meja politik, ekonomi dan jenayah banyak membantuku menambahkan rangkaian kenalan dari pelbagai latar belakang dan status.
Setelah 5 tahun di BERNAMA aku mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Pada 1hb April 2005 aku nekad meletak jawatan dan memulakan perniagaan dalam bidang pemakanan dan membuka sebuah Restoran di Sibang Jaya. Hasil titik peluh ku selama ini membuahkan hasil, restoran idaman mula mendapat sambutan dalam sehari anggaran jualan kasarku adalah antara RM3000 - RM4000. Namun ku sangka "Panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari", perniagaan ku tiba-tiba jatuh merundum dan dalan tempoh genap 1 tahun ianya terpaksa ditutup. Waktu itu diriku terjerat dengan hutang piutang yang bertimbun dan ketika itu barulah ku sedar siapa kawan siapa lawan.
Bersambung ke "Where am I? (Di mana saya?).......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment