---Sambungan dari Who am I? (Siapa saya?)---
Tahun 2009, 3 tahun setelah perniagaan restoran ku gagal, aku kini berjaya mendapat semula semangat hasil dari dorongan isteriku yang sentiasa setia bersama ku menghadapi segala jua rintangan yang melanda. Jatuh dan bangun beliau sentiasa berada di sisi ditemani oleh 3 orang anak-anakku yang sentiasa ku jadikan sebagai sumber inspirasi.
Selama 3 tahun itulah aku sekali lagi bertukar kerjaya kali ini dalam bidang hartanah. Walaupun ianya menjanjikan pendapatan lumayan namun pendapatan ku tidak konsisten. Ada kalanya bila berjaya menjual sesuatu rumah komisyen yang diterima memang banyak tetapi ianya masih tidak mencukupi kerana kos sara hidup yang tinggi. Ini termasuk dengan duit perbelanjaan sekolah rendah oleh dua orang anak ku yang di tahun 6 & 5 serta duit tadika anak bongsu ku yang baru berumur 5 tahun. Ini tidak termasuk perbelanjaan sewa rumah, ansuran kereta, bayaran hutang dan duit dapur yang lain, pendek kata kehidupan ku masih lagi "kais pagi makan pagi kais petang makan petang".
Alhamdulillah aku bersyukur, walaupun dalam kesempitan ini, isteri dan anak-anakku masih memahami malah anak-anakku turut membantu dalam meringankan beban kami. Anak-anakku yang memang aktif dalam bidang lakonan dan iklan, sedikit sebanyak pembabitan mereka banyak membantu. Tapi sampai bila?
Benarlah kata orang "Jika anda tidak mengambil risiko untuk berubah hari ini, maka kehidupan anda 5 tahun akan datang adalah lebih buruk lagi dai 5 tahun yang sudah lepas..."
Justeru itu hari ini aku berikrar untuk merubah nasibku! Tidak lagi mahu dibebani oleh hutang piutang. Tidak lagi mahu meminjam duit raya anak-anak untuk menampung belanja harian. Impian seorang bapa ialah ingin memberi segala kemewahan kepada anak-anaknya baik dari segi kebendaan dan juga pendidikan. Insyaallah.
Bersambung ke : Where Am I Going? (Ke mana arah tujuku?)
Saturday, December 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment