Saturday, December 26, 2009

Move Your Life!

Is your professional career on the right track? Take a few minutes to do this simple self test and find out for yourself. Give each question a score of 1-10. Ten being the most positive.

1.How happy are your in your current job or line of work?
2.Do your see yourself making significant and steady progress in terms of position and pay?
3.Are you being rewarded enough for your effort?
4.Do you have enough time to pursue your family and other interests?
5.Is your present job or line of work emotionally satisfying?
6.Does your present job or line of work allow you to develop yourself?
7.Do you like your current working environment?
8.If you continue in your current job or line of work, how likely are you able to afford higher education for your children?
9.If you stay on, how likely will you able to retire and maintain a comfortable standard of living?
10.Are you worried about the market saturation in your current line of work? (the greater your worry the lower should be your score)

RESULTS
80-100 points
Congratulations! You’re are probably enjoying your work and getting the rewards that you deserve. However, if you want to find out how LTH ASB can help you to do even better, please then attend our training program.

79 points
If, like about 80% of the people who normally get this score when they take this test it is time you make your life move.

How do I get there? (Bagaimana cara saya hendak ke sana?)

---Sambungan dari Where am I going? (Ke mana arah tujuku?)---

Aku telah berjanji pada diriku bahawa aku akan menjalankan kerjaya sebagai Agen insuran sepenuh masa dalam tempoh 3 bulan akan datang. Dalam masa 6 bulan aku telah boleh membawa keluargaku melancong ke Medan dan dalam masa 1 tahun aku akan bertukar kereta ke Toyota Harier.

Tapi bagaimana?. Dengan menghadiri segala workshop dan taklimat yang diberikan oleh LTH Assosciates Sdn Bhd dan dengan mengadaptasikan segala tunjuk ajar mereka secara praktikal nescaya seseorang itu akan berjaya. Apa yang penting ialah mengamalkan sikap positif serta disiplin yang tinggi yang perlu ku sebatikan dalam diri. Insyallah dengan nawaitu tersebut, pada penghujung tahun 2010......

"I will see you at the TOP"

Where am I going? (Ke mana arah tujuku?)

---Sambungan dari: Where am I? (Di mana saya?)---

Kata orang "Perjalanan 1000 tapak bermula dengan langkah pertama", pada bulan Ramadhan tahun ini aku mendapat sms dari seseorang yang tidak kukenali. Pada mulanya aku tidak mengendahkannya namun setelah hadirnya bulan Syawal dan ketika duduk mengenangkan perihal keluarga dan pengalaman silam, tergerak untuk ku menghubungi nombor yang terdapat dalam sms tersebut. Suara lelaki yang menyambut talianku sungguh proffesional beliau secara ikhlas ingin memperkenalkan diriku dalam satu peluang perniagaan. Aku yang selama ini agak skeptik dengan segala jemputan berbau perniagaan akhirnya bersetuju untuk berjumpa. Mungkin tidak salah untuk mendengar apa yang hendak dibincangkan oleh saudara Haniff?

Saudara Haniff datang dengan membawa kereta mewah dan itu membuatkan diri ku kagum dengan "1st impression" beliau. Orangnya yang simple dan sopan mula memperkenalkan dirinya dan peluang perniagaan yang ingin dikongsikan bersama. Secara peribadi aku amat tertarik dengan penjelasan beliau dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan beliau menjemput ku untuk hadir ke BOP (Business Oppurtunity Presentation) minggu depan. Aku bersetuju...

Ketika di BOP barulah ku tahu secara jelas apa yang hendak ditawarkan, dan peluang perniagaan yang tersedia ada untuk diterokai, pendek kata tanyalah selera. Dan hari ini siapa sangka aku telah mengambil langkah yang pertana dalam perjalanan 1000 langkah tersebut dengan menghadiri sesi "Training part 1 & 2".

Secara jujur jika sebelum ini orang bertanya ke mana arah tujuku untuk 5 tahun akan datang aku memang geleng kepala namun kali ini aku telah nampak "sinar cahaya di hujung terowong yang gelap" dan insyallah dengan berkatnya dan dorongan keluarga serta tunjuk ajar sifu-sifu di Prudential satu hari nanti aku boleh pulang ke rumah dan memberi tahu keluarga ku .."Jom kemas beg..esok kita akan melancong ke Disneyland!".

Bersambung ke: How do I get there? (Bagaimana cara untuk aku ke sana?)

Where am I? (Di mana saya?)

---Sambungan dari Who am I? (Siapa saya?)---

Tahun 2009, 3 tahun setelah perniagaan restoran ku gagal, aku kini berjaya mendapat semula semangat hasil dari dorongan isteriku yang sentiasa setia bersama ku menghadapi segala jua rintangan yang melanda. Jatuh dan bangun beliau sentiasa berada di sisi ditemani oleh 3 orang anak-anakku yang sentiasa ku jadikan sebagai sumber inspirasi.

Selama 3 tahun itulah aku sekali lagi bertukar kerjaya kali ini dalam bidang hartanah. Walaupun ianya menjanjikan pendapatan lumayan namun pendapatan ku tidak konsisten. Ada kalanya bila berjaya menjual sesuatu rumah komisyen yang diterima memang banyak tetapi ianya masih tidak mencukupi kerana kos sara hidup yang tinggi. Ini termasuk dengan duit perbelanjaan sekolah rendah oleh dua orang anak ku yang di tahun 6 & 5 serta duit tadika anak bongsu ku yang baru berumur 5 tahun. Ini tidak termasuk perbelanjaan sewa rumah, ansuran kereta, bayaran hutang dan duit dapur yang lain, pendek kata kehidupan ku masih lagi "kais pagi makan pagi kais petang makan petang".

Alhamdulillah aku bersyukur, walaupun dalam kesempitan ini, isteri dan anak-anakku masih memahami malah anak-anakku turut membantu dalam meringankan beban kami. Anak-anakku yang memang aktif dalam bidang lakonan dan iklan, sedikit sebanyak pembabitan mereka banyak membantu. Tapi sampai bila?

Benarlah kata orang "Jika anda tidak mengambil risiko untuk berubah hari ini, maka kehidupan anda 5 tahun akan datang adalah lebih buruk lagi dai 5 tahun yang sudah lepas..."

Justeru itu hari ini aku berikrar untuk merubah nasibku! Tidak lagi mahu dibebani oleh hutang piutang. Tidak lagi mahu meminjam duit raya anak-anak untuk menampung belanja harian. Impian seorang bapa ialah ingin memberi segala kemewahan kepada anak-anaknya baik dari segi kebendaan dan juga pendidikan. Insyaallah.

Bersambung ke : Where Am I Going? (Ke mana arah tujuku?)

Thursday, December 24, 2009

Who am I? (Siapa saya?)

Tanggal 3hb Mac 1972 lahirlah seorang putera comel di sebuah teratak di Kampung Tunku PJ. Putera itu hasil perkongsian hidup pasangan suami isteri, Ishak Salim & Aminah Mohamed Daud secara rasminya diberi nama Hisham.

Sejak detik itu bermulalah kehidupan ku sama seperti anak-anak kecil yang lain, diberikan kasih sayang secukupnya & ditatang umpama minyak yang penuh. Ketika itu aku ditemani oleh seorang kakak & setahun setelah kelahiran ku lahirlah pula adik bongsu ku. Kehidupan kami tiga beradik diberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh kedua orang tuaku. Walaupun ayahku sibuk sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan ibuku bertugas sebagai guru sekolah rendah namun kebajikan & pelajaran kami tidak pernah diabaikan.

Mula mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kampung Tunku & kemudiannya ke Sekolah Menengah (L) Bukit Bintang PJ, aku mendapat didikan yang sempurna. Setelah menduduki SPM pada tahun 1989 aku telah mula melangkah ke alam pekerjaan dan mula berjinak-jinak dalam bidang penjualan. Setelah mendapat tawaran sebagai Eksekutif Jualan di sebuah syarikat FOREX bermulalah perjalanan hidupku belajar mencari pelanggan bagi mempromosikan perkhidmatan kami. Tempoh 2 bulan yang pertama amat memeritkan, rupanya mencari pelanggan bukanlah mudah namun Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan "Strike" yang pertama. Aku berjaya meyakinkan seorang "Client" bagi melabur sebanyak RM50,000 dalam syarikat kami. Ketika itu barulah aku tahu yang jumlah tersebut adalah yang tertinggi bagi syarikat kami!. Namun malangnya dalam usia sebegitu muda aku telah terpeday dengan syarikat ku sendiri yang rupanya menjalankan urus niaga tanpa lesen dari Bank Negara.

Setelah meletak jawatan aku mula mencari kerja dan diterima bekerja dengan United Parcel Service. Juga dalam bidang penjualan cuma dalam industri "Courier". Aku beruntung kerana syarikat ini mempunyai latihan yang lengkap serta sistematik dan peluang ini tidak ku sia-siakan bagi mendalami ilmu serta melengkapkan diriku sebagai seroang jurujual.

Setelah 10 tahun dalam industri Courier aku mula beralih arah menceburkan diri pula ke bidang kewartawanan sebagai wartawan penyiaran (BJ), semuanya secara kebetulan kerana aku mendapat tawaran dari BERNAMA yang merupakan pelanggan ku di UPS. Tugas baruku ini umpana "Langit dengan bumi" dari bidang yang pernah ku ceburi sebelum ini. Bekerja sebagai BJ memberikan pendedahan yang berbeza, mula dengan tugasan di meja hiburan kemudian ke meja politik, ekonomi dan jenayah banyak membantuku menambahkan rangkaian kenalan dari pelbagai latar belakang dan status.

Setelah 5 tahun di BERNAMA aku mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Pada 1hb April 2005 aku nekad meletak jawatan dan memulakan perniagaan dalam bidang pemakanan dan membuka sebuah Restoran di Sibang Jaya. Hasil titik peluh ku selama ini membuahkan hasil, restoran idaman mula mendapat sambutan dalam sehari anggaran jualan kasarku adalah antara RM3000 - RM4000. Namun ku sangka "Panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari", perniagaan ku tiba-tiba jatuh merundum dan dalan tempoh genap 1 tahun ianya terpaksa ditutup. Waktu itu diriku terjerat dengan hutang piutang yang bertimbun dan ketika itu barulah ku sedar siapa kawan siapa lawan.

Bersambung ke "Where am I? (Di mana saya?).......